MAJLIS PENYERAHAN KENDERAAN COTM

Tawau, 11 Feb 22 – Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) hari ini melakar satu lagi sejarah dengan pelaksanaan penyerahan replika kunci oleh Kol Izhar bin Zakaria Komander Markas Operasi Siber Dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) kepada Brig Jen Abdul Karim bin Ahmad Komander ATB 2 sebagai simbolik penyerahan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser, Communication On The Move (COTM) telah dilaksanakan dengan jayanya mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19 seperti yang ditetapkan kerajaan. Kenderaan yang menggunakan Sistem Komunikasi X-Band ini adalah buatan syarikat tempatan MILDEF International Technologies Sdn Bhd yang memiliki keupayaan lasak untuk diaturgerak ke kawasan operasi di daratan. Kenderaan ini juga terbukti mampu melaksanakan pelbagai misi penting ketenteraan dengan sistem yang canggih serta berupaya menghubungkan komunikasi satelit sepanjang perjalanan ketika bergerak. Antena yang dipasang pada bumbung kenderaan ini mampu untuk menyediakan kemudahan penghantaran data, video conferencing, tel ip phone dan paparan radar melalui sistem kripto terselamat.
Kejayaan perolehan aset ini adalah sebahagian dari pemodenan sistem komunikasi yang akan digunakan oleh ATB 2 untuk mempertingkatkan kesiagaan dalam menjaga kedaulatan Pantai Timur Sabah. Ianya turut membantu ATB 2 mempertingkatkan keupayaan operasi serta mengoptimumkan kelebihan dalam force multiplier effect kuasa tempur ATM. Secara tidak langsung juga, asset ini mampu memberikan ‘secure communication’ untuk operasi tentera dalam pengawasan ancaman keselamatan negara seperti pencerobohan sempadan atau aktiviti penyeludupan. ATB 2 sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan operasi yang tertinggi dan sentiasa komited terhadap memperkasakan kawalan keselamatan dan kedaulatan negara. ATB 2 telah membuktikan bahawa pasukan keselamatan adalah sebuah organisasi yang kredibel peranannya dalam menghindar sebarang ancaman tradisional serta ancaman non-tradisional dan sentiasa memastikan berkeupayaanya dalam melindungi serta mempertahankan kepentingan persempadanan dan maritim negara pada sebilang masa khasnya di Pantai Timur Sabah ini.
 
Skip to content