MAJLIS PENYERAHAN PROJEK NAIK TARAF JWC

KUANTAN, 17 Ogos 2022 – Leftenan Jeneral Dato’ Indera Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM, Panglima Angkatan Bersama telah menghadiri majlis penyerahan projek naiktaraf Joint Warfare Centre (JWC) Markas Angkatan Bersama. Ketibaan Air Vice Marshal Geoferey Harland, Commander Integrated Area Defence System disambut oleh pegawai-pegawai kanan MK AB dan staf JWC seterusnya dibawa ke tempat perasmian. Kerja-kerja menaiktaraf bermula sejak Februari 2022 dan siap sepenuhnya Ogos 2022 dengan mengunakan dana sumbangan kerajaan Australia di bawah Program Malaysian-Australian Joint Development Program (MAJDP) meliputi tiga skop kerja utama iaitu bangunan, kejuruteraan rangkaian komputer, lantai tingkat dan hiasan dalaman. Dengan adanya fasilitasi seperti ini membolehkan JWC beroperasi sebagai satu pusat untuk melaksanakan eksesais-eksesais dalaman dan bersama luar negara dengan lebih cekap, berkesan dan selesa.

Skip to content