Markas Angkatan Bersama (MK AB) telah mengadakan Majlis Perjumpaan PAB Bersama Warga MK AB bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Majlis diserikan lagi dengan acara Pemakaian Pangkat dan Sumbangan Raya kepada warga MK AB yang akan bertugas di Hari Raya Aidilfitri dan sumbangan raya kepada kakitangan awam MK AB serta sumbangan kelahiran anak di Dewan Gabungan Markas Angkatan Bersama. Turut sama hadir dalam majlis ini isteri Panglima Angkatan Bersama Datin Indera Hjh Nazriah binti Hj Mahmood, Ketua Staf Markas Angkatan Bersama Mejar Jeneral Dato’ Ahmad Tajuddin bin Abdul Ghani, pegawai – pegawai kanan serta warga MK AB
- Markas Angkatan Bersama
- Berita
- MAJLIS PERJUMPAAN PAB BERSAMA WARGA MK AB SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI