MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA STAF MK AB

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Staf diantara Brigedier Jeneral Dato’ Md Rahim bin Hj Mohamad dan Mejar Jeneral Hj Fazal bin Hj Abdul Rahman telah diadakan di Auditorium Mat Kilau, Markas Angkatan Bersama, Kem Al-Sultan Abdullah di sini pada 30 Mac 23. Acara Serah Terima Tugas tersebut telah disaksikan oleh Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM. Turut hadir acara tersebut ialah Asisten-Asisten Ketua Staf, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan anggota Markas Angkatan Bersama. Seluruh warga MK AB mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh Brigedier Jeneral Dato’ Md Rahim bin Hj Mohamad sepanjang memegang tugas Pemangku Ketua Staf dari tempoh 09 Jan hingga 30 Mac 23. Kepada Ketua Staf yang baru, diucapkan selamat bertugas dan meneruskan kecemerlangan yang telah dibina.

Skip to content