PORT DICKSON, 6 Sep 22 – Upacara Pembukaan Eksesais RESTORE HOPE Malaysia Battalion (MALBATT) 850-10 telah sempurna dirasmikan oleh Pengarah J3 Operasi Global, Markas Angkatan Bersama, Kolonel Muhammad Noruladzim bin M Taifor TUDM diiringi Komander MALBATT 850-10, Kolonel Mohd Rizman bin Hj Ramli sebagai tanda Eksesais telah dimulakan. Acara pemakaian toha telah dilaksanakan oleh Pengarah J3 Operasi Global kepada 4 wakil iaitu Leftenan Kolonel Hadiat bin Sepie selaku Ketua Exercise Controller (EXCON), Leftenan Kolonel Roslan bin Mohd Zin selaku Ketua Exercise Evaluation Team (EET), Leftenan Kolonel Mohamed Amin bin Dollah@Abdullah selaku Pelaku Biru dan Mejar Kamarularifin bin Kamarulzaman selaku Pelaku Merah bagi eksesais ini.
Eksesais RESTORE HOPE merupakan eksesais yang akan menguji tahap kompetensi Pegawai dan anggota sebagai pengaman misi selepas melalui fasa Lane Training yang mana akan diadakan mulai 6 hingga 8 September 2022 di MALBATT Village dan kawasan sekitar Port Dickson. Sebanyak 6 lane akan diuji merangkumi Road Check Point, UN Designated Site (UNDS), Cordon and Search, Foot Patrol, Vehicle Patrol, Convoy and Escort dan RANKON. Eksesais ini dikendalikan oleh Pusat Pengaman Malaysia dan turut dibantu oleh fasilitator yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang masing-masing serta Role Player yang bertindak merealisasikan senario sebenar berpandukan kepada Training Management Planning (TMP) Malaysian Battalion Pre Deployment Training (PDT) yang telah dibangunkan. Objektif latihan ini adalah bagi memberi pendedahan dan kemahiran kepada anggota Kontinjen MALBATT 850-10 di dalam pelaksanaan tugas pengaman melalui pengoperasian Tactical Operation Center (TOC) di samping pematuhan aspek-aspek kemanusiaan iaitu Protection of Civillian (POC), Women, Peace and Security (WPS), Rules of Engagement (ROE), Code of Conduct (COC) dan hak asasi kemanusiaan di mana ianya dipraktikkan di kawasan misi kelak.