MALBATT 850-9 TERIMA PINGAT PBB

MARAKAH – Padang Kawad UNP 2-1, Kem Marakah menjadi saksi terlakarnya satu detik bersejarah buat seluruh Kontinjen MALBATT 850-9 diatas jasa bakti berkhidmat dibawah Panji-Panji PBB apabila saat-saat yang ditunggu bagi penganugerahan Pingat PBB kepada anggota yang bertugas di United Nation Interim Force in Lebanon (UNIFIL) telah berlangsung dengan jayanya pada 03 Mac 22.
Perbarisan yang berkekuatan seramai 52 pegawai dan 215 lain-lain pangkat ini melibatkan empat detasmen yang diketuai oleh Timbalan Komander MALBATT 850-9, Lt Kol Norzaini bin Ismail selaku Ketua Perbarisan manakala Penolong Ketua Perbarisan adalah Mejar Zulfahmi bin Hamzah, Ajutan Perbarisan Kapten Amirul Asyraf bin Ramli dan Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan PW I Nor Faizol bin Mohamed Nor.
Senarai ketua-ketua detasmen adalah seperti berikut:
1. Detasmen Pertama diketuai oleh Mejar Kamarul Zaman bin Zainol Abidin
2. Detasmen Kedua diketuai oleh Lt Kdr TLDM Haizad bin Husin
3. Detasmen Ketiga diketuai oleh Mejar (Dr) Amirah binti Haji Sulaiman
4. Detasmen Keempat diketuai oleh Mejar Mohd Yusddy Affenddy bin Haji Amran
Kol Megat Maz Ardi bin Nohuddin, Komander MALBATT 850-9 telah menjadi orang pertama yang dianugerahkan pingat tersebut oleh Brig Jen Massimiliano Stecca, Komander Sektor Barat UNIFIL. Perbarisan ini bertujuan untuk mengiktiraf komitmen dan profesionalisme setiap anggota pengaman yang berkhidmat dibawah Panji-Panji PBB dalam mendokong tugas dan mandat yang diberikan. Ianya bukan sahaja sebagai tanda penghargaan tetapi juga sebagai anjakan moral yang akan memberi inspirasi kepada anggota pengaman untuk memberi impak yang positif dalam perkhidmatan yang lebih baik pada masa-masa akan datang. Pengiktirafan ini layak diberikan kepada mana-mana anggota pengaman yang bertugas di bawah misi PBB melebihi 90 hari.
Majlis ini turut melibatkan kehadiran Mr. Adel Saad, Mayor Marakah dan wakil-wakil Battalion lain yang turut serta bagi bersama-sama menyaksikan upacara tersebut selain dapat berinteraksi, memperkukuhkan kesatuan dan menjalinkan kerjasama erat. Tahniah diucapkan kepada semua pegawai dan anggota MALBATT 850-9.
Skip to content