MALBATT MENGUKUHKAN HUBUNGAN DIPLOMASI SETEMPAT

MA’RAKAH – Komander MALBATT 850-9, Kol Megat Maz Ardi bin Nohuddin telah menghadiri Majlis Penubuhan AL-TAKAFUL di Malaysian Hall, Selatan Lubnan pada 25 Disember 2021. Majlis ini dihadiri oleh para sukarelawan dan warga tempatan di sekitar Ma’rakah. Setelah hampir 3 tahun berusaha mengembeleng tenaga dan keringat dalam membantu masyarakat setempat, pertubuhan ini akhirnya telah berjaya mendapati pengiktirafan lesen penubuhan daripada Kementerian Kebajikan Masyarakat.
Selain memberi khidmat kebajikan, pertubuhan ini turut berperanan dalam aktiviti-aktiviti amal dan sosial bertujuan untuk memupuk kesejahteraan dalam konteks amal kebajikan dan mewujudkan jaringan sokongan dengan lain-lain agensi kerajaan. Majlis ini telah dikoordinasikan oleh Sel CIMIC MALBATT 850-9 seiring dengan Teras Ketiga Komander MALBATT 850-9 iaitu Hubungan Diplomasi melalui π˜Ύπ™žπ™«π™žπ™‘π™žπ™–π™£ π™€π™£π™œπ™–π™œπ™šπ™’π™šπ™£π™© di mana menzahirkan rasa keyakinan rakyat tempatan terhadap UNIFIL amnya dan MALBATT khasnya.
Skip to content