KUANTAN, 10 Januari 2022 – Leftenan Jeneral Dato’ Indera Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM, Panglima Angkatan Bersama telah merasmikan Mesyuarat Agung Wisma Perwira Markas Angkatan Bersama di Dewan Gabungan MK AB. Dalam mesyuarat ini, turut dilantik Yang Dipertua Wisma dan Ahli Jawatankuasa yang baharu bagi sesi 2022/2023. Turut hadir majlis tersebut adalah Mejar Jeneral Dato’ Ahmad Tajuddin bin Abdul Ghani Ketua Staf, pegawai kanan dan pegawai Markas Angkatan Bersama.