MESYUARAT TAHUNAN BAKAT MK AB 2023

Pengerusi BAKAT MK AB, Yang Berbahagia Datin Noorisah binti Muhammad telah mempengerusikan Mesyuarat Tahunan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Markas Angkatan Bersama (MK AB) bagi tahun 2023 bertempat di Joint Warfare Centre, MK AB. Mesyuarat telah dimulakan dengan ucapan Pengerusi BAKAT MK AB dengan agenda utama melantik AJK BAKAT MK AB bagi tahun 2023 serta merancang pelbagai program BAKAT MK AB bagi tahun 2023. Selain itu, Laporan Tahunan BAKAT MK AB bagi tahun 2022 turut dibentangkan dan juga memaklumkan perkembangan terkini BAKAT MK ATM. Turut hadir adalah Pn Hjh Habibah Binti Hj Mazlan selaku Timbalan Pengerusi, Datin Maznah Binti Hj Johari selaku Naib Pengerusi dan Kdr Mohd Reduan bin Osman TLDM, Penasihat BAKAT MK AB. Majlis telah diakhiri dengan penyerahan sumbangan kelahiran kepada 6 ahli BAKAT yang telah menimang cahaya mata baharu.
Skip to content