Yang Berbahagia Datin Indera Hjh Nazriah Binti Hj Mahmood telah mempengerusikan mesyuarat tahunan Badan Kebajikan Angkatan Tentera ( BAKAT ) Markas Angkatan Bersama (MK AB) bagi tahun 2022. Tujuan Mesyuarat ini diadakan adalah untuk membentangkan Laporan Tahunan BAKAT MK AB bagi tahun 2021, Memaklumkan Perkembangan BAKAT ATM dan BAKAT Gabungan ATM dan melantik Ahli Jawatankuasa BAKAT MK AB bagi tahun 2022 serta merancang aktiviti BAKAT MK AB bagi tahun 2022.