MK ATB 2 ANJURKAN MAJLIS SOLAT HAJAT, TAHLIL DAN BACAAN YASIN SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-65

TAWAU, 30 Ogos 22 – Bersempena Semarak Hari Kemerdekaan Malaysia yang Ke-65, Sel Agama Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) hari ini tidak ketinggalan dalam melaksanakan aktiviti kerohanian iaitu Majlis Solat Hajat, bacaan Yassin dan Tahlil. Majlis telah dilaksanakan bertempat di pekarangan Surau Al-Husna MK ATB 2, Kem Kukusan. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman TUDM Ketua Staf ATB 2, Ketua-ketua Bahagian, Pegawai-pegawai serta Anggota LLP MK ATB 2 yang beragama islam. Acara pada hari ini dimulai dengan Solat Hajat berjemaah, bacaan Yassin dan seterusnya Tahlil yang telah dipimpin oleh Kapt Muhammad bin Jamil, Pegawai Agama MK ATB 2. Pengisian aktiviti-aktiviti berunsur keislaman ini perlu diadakan bertujuan supaya warga MK ATB 2 sentiasa diberi kerahmatan serta dipermudahkan dalam melaksanakan penugasan harian. Secara tidak langsung, aktiviti kerohanian ini dapat memberi ruang kepada Pegawai dan anggota untuk bertafakur serta mengeratkan lagi ukhuwah antara sesama umat islam. Majlis diteruskan lagi dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Pegawai Agama berkenaan erti kemerdekaan didalam konsep pengorbanan seorang tentera dan diteruskan lagi dengan Solat Zohor berjemaah. Selesai acara tersebut, disediakan jamuan ringkas untuk santapan bersama yang bertujuan mengeratkan lagi ukhuwah antara warga MK ATB 2.
Skip to content