PEKAN, 14 Dis 21 – Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena memuliakan Sambutan Ulang Tahun Keputeraan KDYMM Sultan Pahang yang ke-62 yang berlangsung di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan disempurnakan oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah berkenan berangkat menyempurnakan istiadat ini.
Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM, telah dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P.) yang membawa gelaran Dato’ Indera.
Seluruh warga Markas Angkatan Bersama mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Panglima Angkatan Bersama.