Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Indera Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM telah menerima kunjungan dari Encik Zulkhairil bin Mahmud, Ketua Penolong Pengarah Belanjawan Unit Pertahanan Kementerian Kewangan di Markas Angkatan Bersama (MK AB). Kehadiran beliau adalah bersempena Mesyuarat Tapisan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tahun 2023 Aktiviti Bantuan Bersama yang dilaksanakan di Kuantan Pahang dan seterusnya mengadakan lawatan tapak ke MK AB. Lawatan ini juga bertujuan bagi melihat fasiliti yang terdapat di MK AB dan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan pada masa akan hadapan.
- Markas Angkatan Bersama
- Berita
- PAB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI KEMENTERIAN KEWANGAN