Marakah – Dalam rangka lawatan hari pertama, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Affendi bin Buang TUDM bersama kumpulan delegasi telah dibawa untuk Majlis Perasmian Teratak Harimau Biru di Kem Marakah, Selatan Lubnan. Pembinaan Teratak Harimau Biru ini dihasilkan oleh Elemen Jurutera dibawah naungan Ketua Elemen Jurutera, Mej Mohd Nurul bin Hasan. Pembinaan Teratak Harimau Biru ini mengambil masa selama 3 minggu untuk disiapkan. Teratak Harimau Biru ini bertujuan sebagai tempat khas bagi taklimat semua jenis pergerakan sama ada kumpulan operasi, pentadbiran dan logistik warga MALBATT 850-9. Selain itu, dengan wujudnya teratak ini akan memberi persekitaran yang lebih kondusif dan selesa kepada warga MALBATT 850-9 dalam melaksanakan tugas operasi tanpa mengira cuaca yang melanda. Majlis diakhiri dengan acara bergambar.
- Markas Angkatan Bersama
- Berita
- PAT MERASMIKAN TERATAK HARIMAU BIRU MALBATT