PELEPASAN TALI KD MAHAWANGSA

LUMUT, 30 Nov 2022 – Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Indera Haji Yazid bin Haji Arshad TUDM telah menyempurnakan Majlis Pelepasan Tali KD MAHAWANGSA sempena pelayaran ke Lubnan bagi ulang bekal MALBATT 850-10 pada jam 8.30 pagi ini di Pangkalan TLDM Lumut. Buat pertama kalinya Markas Angkatan Bersama dan Tentera Laut Diraja Malaysia, telah memulakan inisiatif dan menjalin kerjasama bagi melaksanakan pergerakan ulangbekal pasukan MALAYSIAN BATTALION (MALBATT) 850 di Lubnan dengan menggunakan kapal TLDM iaitu KD MAHAWANGSA. Penugasan ini adalah berlanjutan daripada penerimaan aset tambahan untuk MALBATT 850 iaitu beberapa unit kenderaan dan barangan untuk kegunaan aktiviti CIMIC. Kapal yang sama juga akan digunakan untuk membawa pulang beberapa barangan tertentu daripada pegangan MALBATT 850 di Lubnan ke tanahair. KD MAHAWANGSA bakal menempuh pelayaran di samudera selama kira-kira 2 bulan ini dijangka tiba di Pelabuhan Beirut, Lubnan pada 2 Jan 2023 untuk proses ulang bekal barangan logistik MALBATT 850 dan dijangka tiba semula di Tambatan Pangkalan Lumut pada 4 Feb 2023. Pelayaran KD MAHAWANGSA pada kali ini akan membawa seramai 203 orang terdiri daripada 18 Pegawai, 169 krew kapal dan juga 16 petugas bantuan sokongan. Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA adalah Kepten Mohd Amin bin Mat Tahir TLDM.
Skip to content