KUANTAN, 11 Jan 23 – Majlis Pemakaian Pangkat Anggota LLP MK AB telah disempurnakan oleh YBhg Brig Jen Dato’ Md Rahim bin Hj Mohamad, pemangku Ketua Staf Markas Angkatan Bersama di Auditorium Mat Kilau. Seramai 2 orang LLP telah dinaikan pangkat melibatkan seorang LLP TD dari Bahagian Perancangan dan Pembangunan – J5 iaitu Koperal Muhamad Amirullah bin Ahmad Bahran dinaikan pangkat Pemangku Sarjan berkuatkuasa pada 1 Okt 22. Manakala seorang lagi anggota LLP TUDM dari Bahagian Komunikasi dan Elektronik – J6 iaitu Kpl U Mohamad Amiruldin bin Mamat @ Ismail dinaikan pangkat Pemangku Sarjan Udara berkuatkuasa pada 3 Okt 22. Seluruh warga Markas Angkatan Bersama mengucapkan sekalung tahniah di atas kenaikan pangkat. Sesungguhnya ia hadir bersama tanggungjawab yang lebih besar dalam menyempurnakan ikrar setia mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara tercinta. Hadir sama menyempurnakan Majlis adalah Asisten Ketua Staf J6, Asisten Ketua Staf J5 dan pegawai-pegawai serta anggota Markas Angkatan Bersama.