PEMAKAIAN PINGAT PNBB

KUANTAN, 6 FEBRUARI 2023 – Setiap pengorbanan dan keringat yang dicurahkan dalam menjalankan tugas adalah bukti kecintaan terhadap keamanan dan kemakmuran sejagat. Berbekalkan semangat jitu tersebut, Pegawai Pemerhati Tentera/Pegawai Staf Tentera (PPT/PST) cekal meninggalkan keluarga, sanak saudara serta sahabat handai tercinta untuk dihantar ke bumi asing bagi membawa nama baik Malaysia untuk memikul tugas dan tanggungjawab menggalas mandat yang diamanah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sebagai penghargaan dan mengenang jasa yang telah dicurahkan, seramai 21 orang Pegawai Pemerhati Tentera (PPT) dan Pegawai Staf Tentera (PST) yang telah menamatkan misi PBB telah dianugerahkan Pingat Pertubuhan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB). Majlis Pemakaian Pingat PNBB telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM pada 6 Februari 2023 bertempat di Markas Angkatan Bersama, Kem Al – Sultan Abdullah. 21 orang pegawai dan angggota ATM tersebut telah membuktikan kecemerlangan dalam melaksanakan misi selama 12 bulan di MINURSO (Sahara Barat), MONUSCO (DR Congo), UNISFA (Abyei) dan UNIFIL (Lubnan). Majlis turut dihadiri oleh Pemangku Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Brigedier Jeneral Dato’ Md Rahim bin Hj Mohamad, Asisten-Asisten Ketua Staf dan pegawai kanan Markas Angkatan Bersama.
Skip to content