Subang, 27 Mac 23 – Proses membawa pulang peralatan Hospital Medan Malaysia (HMM) telah berjaya diaturgerakkan dari Turkiye ke Malaysia pada 23 Mac 2023. Peralatan tersebut dibawa pulang dengan menggunakan dua buah pesawat A400M TUDM dan telah tiba di Pangkalan Udara Subang pada 27 Mac 2023 jam lebih kurang 9 pagi. Anggota dari Mobile Air Movement Section TUDM dengan bantuan Airforce Turkiye telah terlibat secara langsung dlm proses pemindahan peralatan tersebut ke dalam pesawat dan sebaliknya.
- Markas Angkatan Bersama
- Berita
- PENGHANTARAN PULANG PERALATAN HOSPITAL MEDAN MALAYSIA