KUANTAN, 19 November 2021 – Mej Jen Dato’ Ahmad Tajuddin bin Abdul Ghani Ketua Staf Markas Angkatan Bersama (MKAB) telah menyampaikan cenderamata kepada pegawai kanan yang akan bertukar keluar. Pegawai tersebut ialah Lt Kol Zulkifli bin Jaafar, Mej Mohamed Ariff bin Samsudin, Mej Nazariah binti Gumri dan Mej Natasya Aini binti Osman. Ketua Staf mengambil kesempatan mengucapkan penghargaan terima kasih atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh selama menabur bakti di MKAB. Seluruh warga MKAB mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pegawai yang bertukar keluar.
- Markas Angkatan Bersama
- Berita
- PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA PEGAWAI BERTUKAR KELUAR