Majlis Penyerahan 5 buah bot Advanced Composite Boat (ACB) 800C milik Angkatan Tentera Malaysia kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah dilaksanakan pada 28 Disember yang lepas bertempat di Detasmen Bot Sandakan di Jeti Batu Sapi, Sandakan. Bot ACB yang dikenali dengan nama Toman ini telah diperolehi pada tahun 2013 bagi keperluan Ops Daulat. Majlis telah disempurnakan antara Ketua Detasmen Bot Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2), Mej Ariff Bakhtiar bin Tahir bersama Pegawai APM Daerah Sandakan iaitu Kapten PA Abdullah bin Sabaruddin dan disaksikan oleh Assisten Ketua Staf J4 Markas Angkatan Bersama , Kolonel Jauhari bin Talib serta Ketua Staf Markas Angkatan Tugas Bersama 2 ( ATB 2) , Kolonel Mohammed Firdauz bin Hj Osman .
- Markas Angkatan Bersama
- Berita
- PENYERAHAN 5 BUAH ADVANCED COMPOSITE BOAT ( ACB) 800C TOMAN MILIK ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KEPADA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA