Lahad Datu, 29 Jul 22 – Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) hari ini telah melaksanakan penyerahan android television kepada setiap penempatan Markas Taktikal Op Pasir. Penyerahan ini telah dilaksanakan oleh Brig Jen Abdul Karim bin Ahmad, Komander ATB 2 kepada semua Pegawai Memerintah di penempatan Markas Taktikal Op Pasir dan telah disaksikan oleh Lt Kol Werar Sulaiman bin Ali Ketua Operasi ATB 2, Mej Shahrizan bin Musa Pegawai Staf 2 J3 dan Pegawai-Pegawai serta anggota-anggota operasi. Penyerahan Android Television ini adalah bagi memenuhi keperluan penempatan Markas Taktikal Op Pasir serta membantu penugasan harian penempatan Markas Taktikal Op Pasir. Fungsi Android Television yang memiliki teknologi aplikasi android dalaman dan mampu berhubung terus kepada internet akan memudahkan lagi penggunaannya. Melalui penyerahan android television ini, Markas Taktikal Op Pasir dibawah naungan pemerintahan MK ATB 2 akan menggunakan android television ini bagi kegunaan sidang video secara langsung. Sidang video yang akan dilaksanakan oleh MK ATB 2 di setiap penempatan Markas Taktikal Op Pasir akan menggunakan perisian Google Meet. Di samping itu, android television ini akan digunakan oleh Markas Taktikal Op Pasir untuk tujuan penyampaian Taklimat Operasi dan Hari Pengajian oleh pasukan sepanjang pelaksanaan operasi dibawah naungan pemerintahan MK ATB 2.
- Markas Angkatan Bersama
- Berita
- PENYERAHAN ANDROID TV KEPADA MARKAS TAKTIKAL OP PASIR