PENYERAHAN GENERATOR KEPADA KOMUNITI DAYR AMIS, LUBNAN

DAYR AMIS : Sel CIMIC MALBATT 850-9 telah mengkoordinasikan sumbangan sebuah generator kepada Komuniti Dayr Amis. Upacara penyerahan generator berkuasa 200 KVA ini telah disempurnakan oleh Kol Megat Maz Ardi bin Nohuddin, Komander MALBATT 850-9 kepada Mr Hussien DBOOK, Mayor of Dayr Amis. Turut serta dalam penyerahan tersebut adalah Lt Kdr TLDM Nadiah binti Zul-Qarnain, PS 2 Cimic dan Mejar Khairul Irwan bin Sulaiman, Ketua Kompeni Charlie. Acara penyerahan telah berlangsung di kawasan 𝑤𝑎𝑡𝑒𝑟 𝑤𝑒𝑙𝑙 Municipality Dayr Amis, Selatan Lubnan pada 14 Disember 2021. Generator ini bertujuan untuk membekalkan kuasa elektrik untuk mengepam air bagi kemudahan kepada seluruh penduduk di Municipality Dayr Amis yang berada di Sub KTJ MALBATT. Majlis penyerahan generator tersebut telah dikoordinasikan oleh Sector West HQ melalui Sel Civil Military Cooperation (CIMIC). Komander MALBATT 850-9 dalam ucapannya menyatakan bahawa sumbangan ini merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial UNIFIL bagi peningkatan kemudahan asas penduduk setempat. Mayor Dayr Amis turut merakamkan rasa syukur dan terima kasih di atas sumbangan yang di hulurkan kepada komuniti Dayr Amis. Kemudahan yang diberikan amat bermakna kepada komuniti dan akan dimanfaatkan sepenuhnya.
Skip to content