As Siddiqin, 22 Februari 2023 – UNIFIL 𝘚𝘦𝘤𝘵𝘰𝘳 𝘞𝘦𝘴𝘵 𝘊𝘰𝘮𝘮𝘢𝘯𝘥𝘦𝘳, Brigadier General Roberto Vergori diiringi oleh Komander MALBATT 850-10, Kolonel Mohd Rizman bin Hj Ramli telah menyempurnakan acara Perasmian Pemasangan Panel Solar di As Siddiqin Municipality hari ini. Perasmian turut diserikan dengan kehadiran Mayor As Siddiqin, Mr. Mohamad Fayez Balhass dan penduduk setempat. Panel Solar telah siap dipasang sejak 12 Disember 2022 di bangunan ini. Dalam keadaan negara dilanda krisis, projek ini sangat bermakna kepada Mayor dan penduduk setempat. 𝘚𝘦𝘤𝘵𝘰𝘳 𝘞𝘦𝘴𝘵 𝘊𝘰𝘮𝘮𝘢𝘯𝘥𝘦𝘳 dalam ucapannya berkata pemasangan panel solar ini amat penting bagi memastikan kesinambungan penyediaan perkhidmatan asas elektrik bagi kemudahan penduduk di As Siddiqin tersebut meliputi 7000 orang penduduk dan 3000 orang pelarian Syria. Ia juga untuk memastikan pihak municipality dapat menjalankan program sokongan mereka kepada masyarakat. Beliau turut menekankan kepentingan bagi menyokong dan melaksanakan mandat UNIFIL mengikut Resolution 1701 yang telah digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Beliau menyeru kepada semua Pengaman yang hadir untuk terus memberikan sokongan yang terbaik kepada penduduk setempat khususnya di Selatan Lubnan. Program seperti sejajar dengan Teras Kelima Perintah Ulung Komander MALBATT 850-10 iaitu Pengukuhan Hubungan Bersama Awam yang menfokuskan kepada pengukuhan bersama Civilian Engagement. Ianya secara tidak langsung menjadi platform kelangsungan interaksi sosial MALBATT bersama komuniti setempat dalam memperkasakan dan melindungi kepentingan UNIFIL dan mandat yang telah diamanahkan.
- Markas Angkatan Bersama
- Berita
- PERASMIAN SOLAR PANEL OLEH SECTOR WEST COMMANDER