PERBARISAN PERINTAH ULUNG KOMANDER MALBATT

MAโ€™RAKAH – Seramai 18 Pegawai dan 188 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) gabungan tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) terlibat dalam Perbarisan Perintah Ulung Komander MALBATT 850-9 bertempat di Padang Kawad, Kem Maโ€™rakah ,Selatan Lubnan pada 19 Disember 2021.
Perbarisan berkonsepkan statik ini melibatkan empat detasmen diketuai oleh Ketua Perbarisan, Lt Kol Norzaini bin Ismail manakala Penolong Ketua Perbarisan adalah Mejar Mohd Azuan Arif bin Mohd Nizam , Ajutan Perbarisan Kapten Noor Azmil bin Saari dan Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan PW I Nor Faizol bin Mohamed Nor. Senarai ketua-ketua detasmen adalah sepert berikut:
1. Detasmen Pertama terdiri daripada gabungan Markas Batalion dan Kompeni Bravo yang diketuai oleh Mejar Kamarul Zaman bin Zainol Abidin.
2. Detasmen Kedua gabungan Kem Tibnin dan Elemen Ordnans yang diketuai oleh Mejar Mohammad Affiroel Faqikh bin Yussof.
3. Detasmen Ketiga oleh Elemen BMR diketuai oleh Mejar Zulfahmi bin Hamzah.
4. Detasmen Keempat gabungan Elemen Jutra, Elemen Semboyan, Elemen Worksyop, Elemen Kor Perkhidmatan Diraja dan Elemen Perubatan diketuai oleh Mejar Mohd Nurul bin Hasan.
Dalam perbarisan ini, Kol Megat Maz Ardi bin Nohuddin mengambil Tabik Hormat serta memeriksa perbarisan dengan menaiki RPZ Condor ACV sebelum menyampaikan Perintah Ulung beliau kepada seluruh peringkat warga Harimau Biru yang hadir.
Dalam ucapan Perintah Ulung Komander MALBATT 850-9, beliau menyeru kepada seluruh warga Harimau Biru agar memberi kerjasama dalam membentuk satu sinergi yang utuh dalam mendokong MALBATT supaya lebih cemerlang dan terbilang di mata dunia dengan empat teras yang beliau inginkan iaitu teras pertama ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ถ๐˜€๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ฎ๐—ป, teras kedua ๐—ข๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—”๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—น, manakala teras ketiga ๐—›๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ถ๐—ฝ๐—น๐—ผ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ dan teras keempat ๐—ช๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—˜๐—ณ๐—ฒ๐—ธ๐˜๐—ถ๐—ณ.
Di atas kebersamaan semua lapisan dan peringkat , Kol Megat Maz Ardi bin Nohuddin berharap warga Harimau Biru berganding bahu dan komited untuk memperkasakan segala usaha yang diperlukan bagi mewujudkan sebuah Batalion dengan penuh dengan Kesetiaan, Berintegriti dan Profesional.
Perbarisan juga turut disertakan dengan acara pemakaian pangkat anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) seramai 13 orang termasuk anggota Brunei. Perbarisan pada kali ini turut mempamerkan dengan peragaan aset MALBATT iaitu 10 x RPZ Condor Twin GPMG, 4 x Guardian, 2 x RPZ Condor 20MM Orlingkon dan RPZ Condor ACV.
Skip to content