MA’RAKAH: Seramai 187 anggota Lain- Lain Pangkat (LLP) MALBATT 850-9 terlibat dalam Perbarisan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) yang disempurnakan oleh SMR MALBATT 850-9, PW I Nor Faizul bin Mohamed Nor di Padang Kawad Kem Ma’rakah pada 13 Disember 2021. Perbarisan dimulakan dengan nyanyian lagu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disusuli pemeriksaan perbarisan oleh SMR serta berjalan lalu. Perbarisan ini merupakan salah satu aktiviti rejimental pasukan yang dilaksanakan bagi mengekalkan Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR) di kalangan anggota. SMR semasa ucapannya menyarankan agar warga MALBATT menjaga disiplin dan keterampilan yang baik sebagai seorang soldadu terlatih. Perbarisan seumpama ini sejajar dengan Mandat Komander MALBATT 850-9 yang telah diamanahkan iaitu menjadi sebuah Kontinjen MALBATT yang πΏππ¦πππ‘π¦, πΌππ‘πππππ‘π¦ dan ππππππ π πππππ dalam memartabatkan keamanan sejagat di bawah Panji-Panji Bersatu (PBB) dan melaksanakan tugas pengaman UNIFIL dengan komited dan progresif.
- Markas Angkatan Bersama
- Berita
- PERBARISAN SARJAN MEJAR REJIMEN MALBATT 850-9