PERJUMPAAN PAB BERSAMA PEGAWAI DAN ANGGOTA PSOP

KUANTAN, 19 Januari 2022 – Leftenan Jeneral Dato’ Indera Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM, Panglima Angkatan Bersama telah megadakan perjumpaan bersama 10 pegawai dan 16 anggota lain-lain pangkat J3 Pusat Simulasi Olah Perang (PSOP) di Auditorium Mat Kilau Markas Angkatan Bersama. Tujuan perjumpaan beliau adalah sebagai mengalu-alukan kedatangan PSOP ke MK AB setelah PSOP berpindah sepenuhnya ke MK AB pada 21 Disember 2021. Selain itu, Panglima Angkatan Bersama menyampaikan mandat dan hasrat beliau kepada PSOP agar dapat mengaplikasikan system JTLS (Joint Theatre Level Simulation) bagi kegunaan eksesais bersama dan gabungan di peringkat operational dan strategik. Turut hadir perjumpaan tersebut adalah Mejar Jeneral Dato’ Ahmad Tajuddin bin Abdul Ghani, Ketua Staf dan Leftenan Kolonel Nasir bin Abu Bakar, Ketua TIM PSOP.

Skip to content