DAYR AMIS : Kol Megat Maz Ardi bin Nohuddin , Komander MALBATT 850-9 meneruskan tanggungjawab sosial dalam siri program Key Leader Engagement (KLE) dan Quick Impact Project dalam meneruskan hubungan baik antara MALBATT 850-9 dan penguasa serta komuniti setempat. Pertemuan pada kali ini adalah bersama Mr Hussein DBOOK, Mayor Dayr Amis bertempat di pejabat beliau pada 14 Disember 2021. Mayor Dayr Amis mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran Komander dan Peg Staf MALBATT 850-9. Perbincangan kali ini merangkumi isu-isu semasa yang sedang berlaku di Lubnan. Pertemuan singkat ini telah dapat menzahirkan kelangsungan keberadaan MALBATT 850-9 di municipality tersebut.
Pertemuan ini turut menjadi satu platform perbincangan bagi pelaksanaan program CIMIC yang akan datang dalam memperkukuhkan lagi hubungan serta interaksi sosial bersama komuniti setempat. Perjumpaan diakhiri dengan penyerahan sumbangan kepada Mayor Dayr Amis dalam meringankan beban penduduk di Municipality Dayr Amis yang turut terkesan dalam cabaran berhadapan COVID-19 ketika ini.