PROGRAM TASK FORCE PERISAI WIRA ATM

KUANTAN, 10 Februari 2022 – Markas Angkatan Bersama telah melaksanakan hari pengajian melalui Road Show Task Force PERISAI WIRA ATM oleh Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP), Cawangan Anti Keganasan bagi memberi penerangan mengenai bahaya ancaman ekstremisme, radikalisme dan terorisme kepada warga tentera serta kakitangan awam yang berkidmat dalam Markas Angkatan yang disampaikan oleh Kolonel Dr Zulkarnain bin Haron, Ketua Cawangan Anti Keganasan BSPP di Dewan Gabungan MK AB.

Turut hadir majlis tersebut Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Indera Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM, Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Dato’ Ahmad Tajuddin bin Abdul Ghani, Asisten Ketua Staf (AKS) J2, Briged Jeneral Dato’ Md Rahim bin Hj Mohamad dan warga Markas Angkatan Bersama. Majlis diakhiri dengan penyamaian cendera kenangan oleh Panglima Angkatan Bersama.
Skip to content