Timbalan Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz telah menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama warga Harimau Biru bertempat di Dewan Jun Sang, UNP 2-1 Kem Marakah. Antara pengisian majlis ini ialah penyampaian sumbangan beg raya kepada warga MALBATT yang bertugas misi di Lubnan. Dalam pada masa yang sama, Timbalan Menteri Kanan Pertahanan turut menyampaikan ππ°π€π¬ ππ± ππ©π¦π²πΆπ¦ bernilai 5,000 USD kepada Sel CIMIC MALBATT 850-9 untuk keperluan program-program CIMIC kelak. Dikesempatan yang sama beliau telah berpeluang menyertai ππ°πΊ ππͺπ₯π¦ dengan menaiki Condor RPZ untuk melihat sekitar Kem Marakah dan diteruskan dengan acara bergambar. Turut hadir TYT Duta Besar Malaysia; En Azri Mat Yacob, Sector West Commander; Brig Gen Massimiliano Stecca, Mayor Marakah; Mr.Adel SAAD, Mayor Tibnin; Mr. Nabil FAWAZZ, Pegawai Kanan MALBATT 850-9 serta para delegasi. Di akhir lawatan, beliau menzahirkan rasa amat berpuas hati dan berterima kasih diatas pengelolalaan lawatan kerja beliau ke MALBATT 850-9. Lawatan kerja ini sejajar dengan Tonggak Kedua Komander MALBATT 850-9 iaitu Organisasi yang Anjal dari segi pemerintahan agar mencapai keberhasilan kerja dan impak yang dikehendaki.
- Markas Angkatan Bersama
- Berita
- SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI MALBATT 850-9 BERSAMA TIMBALAN MENHAN