SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI MK AB

Markas Angkatan Bersama telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya pada hari ini. Majlis telah diadakan di Dewan Gabungan, MK AB yang telah dihadiri oleh seluruh warga dan keluarga MK AB. Majlis dimulai dengan ketibaan Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM dan isteri Datin Noorisah binti Hj Muhammad. Majlis diteruskan dengan acara gimik iaitu letupan meriam raya yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Bersama, Ketua Staf dan AKS J3. Majlis dimeriahkan degan pengisian pertandingan pakaian sedondon, video ucapan raya setiap BCS dan gerai tercantik. Majlis diakhiri dengan pertunjukkan bunga api sebagai simbolik penutup acara. Majlis turut dihadiri oleh Ketua Staf Markas Angkatan Bersama Mejar Jeneral Hj Fazal bin Hj Abdul Rahman dan isteri, Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (KATB 2) Brigedier Jeneral Wan Edenin bin Wan Mahsin, Komander dan wakil Komander sekitar Kuantan dan jemputan khas.
Skip to content