Kuantan, 27 Mac 2023 – Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Hj Fazal bin Hj Abdul Rahman telah memulakan tugas sebagai Ketua Staf MK AB yang baharu hari ini. Acara dimulakan dengan ketibaan beliau di Foyer Bangunan Utama MK AB dengan disambut oleh semua Asisten Ketua Staf. Seterusnya, beliau melakukan pemeriksaan Kawalan Kuarter di Dataran Bangunan Utama MK AB sebelum diperkenalkan kepada Pegawai Kanan MK AB. Pelengkap kepada acara, bacaan doa selamat diadakan sebelum Ketua Staf MK AB memasuki pejabat dan memulakan tugas. Seterusnya, Ketua Staf MK AB telah mengadakan sesi pertemuan dengan Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM bagi mendapatkan pandangan dan nasihat bagi kelancaran segala penugasan di MK AB.
- Markas Angkatan Bersama
- Berita
- SELAMAT BERTUGAS KETUA STAF MK AB YANG BAHARU