Kerajaan Malaysia telah memberikan sejumlah peralatan dan kelengkapan HMM sebagai sumbangan kepada Kerajaan Republik Turkiye bagi membantu dan meneruskan proses pemulihan kesihatan di negara tersebut. Satu Majlis Serah Terima Aset Hospital Medan Malaysia (HMM) kepada Kementerian Kesihatan Republik Turkiye (Ulusal Medikal Kurtarma Ekibi-UMKE) telah dilaksanakan pada 23 Mac 2023 oleh Pemerintah Operasi STARLIGHT II bersama Wakil UMKE iaitu Evren Karaal (Pakar Perkhidmatan Kesihatan Kecemasan dan Penyelaras UMKE). Penugasan HMM yang mula diaktifkan pada 9 Feb 23 bagi melaksanakan misi bantuan perkhidmatan perubatan kepada mangsa gempa bumi di negara Turkiye ditamatkan setelah enam minggu beroperasi.
- Markas Angkatan Bersama
- Berita
- SERAH TERIMA ASET HOSPITAL MEDAN MALAYSIA