SERAH TERIMA TUGAS AKS J2

Majlis Serah Terima Tugas Asisten Ketua Staf J2 diantara Brigedier Jeneral Dato’ Md Rahim bin Hj Mohamad dan Leftenan Kolonel Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM telah diadakan di Auditorium Mat Kilau, Markas Angkatan Bersama, Kem Al-Sultan Abdullah pada hari ini. Sebelum itu, AKS J2 yang tiba bersama isteri telah diberikan penghormatan untuk menerima tabik hormat dari kumpulan Kawalan Kuarter MK AB. Majlis tersebut dimulai dengan ketibaan Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM dan isteri. Majlis diteruskan dengan acara menandatangani sijil Serah Terima Tugas yang telah disaksikan oleh Panglima Angkatan Bersama. Seterusnya Mantan AKS J2 telah ditemuduga oleh Panglima Angkatan Bersama dan diakhiri dengan Guard Turn Out sebelum meninggalkan perkarangan MK AB. Turut hadir acara tersebut ialah Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Hj Fazal bin Hj Abdul Rahman dan isteri, Asisten-Asisten Ketua Staf dan isteri, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan anggota Markas Angkatan Bersama. Brigedier Jeneral Dato’ Md Rahim bin Hj Mohamad akan bercuti mulai 11 Mei hingga 10 Sep 23, seterusnya menjalani latihan peralihan sehingga menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia pada 10 Dis 23 setelah menabur bakti dan keringat selamat 42 tahun di dalam perkhidmatan. Beliau telah menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf J2 MK AB pada 20 Sep 20. Seluruh warga MK AB mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh Mantan AKS J2 dan semoga memperolehi kejayaan dalam apa jua bidang diceburi selepas persaraan.
Skip to content