KUANTAN, 21 Disember 2022 – Serah terima tugas Asisten Ketua Staf J6 di antara Kolonel Mohammed Rizal bin Zakaria dengan Komander Mohd Reduan bin Osman TLDM telah diadakan di Auditorium Mat Kilau Markas Angkatan Bersama. Acara tersebut telah disaksikan oleh Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM. Turut menghadiri acara tersebut, Mejar Jeneral Dato’ Hj Md Fauzi bin Saleh TUDM, Pemangku Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Pegawai-Pegawai Kanan serta pegawai dan anggota bahagian J6 Markas Angkatan Bersama. Warga Markas Angkatan Bersama mengucapkan jutaan terima kasih serta penghargaan di atas sumbangan yang telah diberikan oleh Kolonel Mohammed Rizal bin Zakaria.