KUANTAN, 18 Julai 2022 – Lt Jen Dato’ Indera Haji Yazid bin Haji Arshad TUDM, Panglima Angkatan Bersama telah menyaksikan serah terima tugas Asisten Ketua Staf J6 di antara Komander Mohd Reduan bin Osman TLDM (memangku jawatan AKS J6) kepada Asisten Ketua Staf J6 yang baharu, Kolonel Mohammed Rizal bin Zakaria yang diadakan di Auditorium Mat Kilau. Kolonel Mohammed Rizal bin Zakaria baru sahaja bertukar keluar daripada 96 Rejimen Semboyan Tentera Darat dan telah melapor ke Markas Angkatan Bersama pada 7 Julai 2022. Terima kasih kepada Komander Mohd Reduan bin Osman TLDM di atas segala usaha dan sumbangan beliau sepanjang memangku jawatan tersebut.