KUANTAN, 12 Mei 2022 – Leftenan Jeneral Dato’ Indera Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM, Panglima Angkatan Bersama telah menyaksikan serah terima tugas Asisten Ketua Staf J6 di antara Kolonel Sufain bin Ahmad kepada Pemangku Asisten Ketua Staf J6, Komander Mohd Reduan bin Osman TLDM yang diadakan di Auditorium Mat Kilau. Kolonel Sufain bin Ahmad telah mula bercuti mulai 7 April 2022 sebelum mengikuti latihan peralihan dan seterusnya menamatkan perkhidmatan pada 10 November 2022. Terima kasih atas segala usaha dan sumbangan beliau sepanjang bertugas di Markas Angkatan Bersama. Turut hadir majlis tersebut adalah pegawai – pegawai kanan Markas Angkatan Bersama.


