SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA

KUALA LUMPUR, 6 Disember 2022- Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Bersama (PAB) telah diadakan di Ruang Perkasa Wisma Pertahanan, diantara Leftenan Jeneral Dato’ Indera Haji Yazid bin Haji Arshad TUDM dengan Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM. Leftenan Jeneral Dato’ Indera Haji Yazid bin Haji Arshad TUDM yang merupakan PAB Ke-13 akan menamatkan perkhidmatan tidak lama lagi setelah empat dekad menabur bakti pada ibu pertiwi. Majlis tersebut turut disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM serta turut dihadiri oleh Panglima-Panglima Perkhidmatan yang lain. Seluruh warga Markas Angkatan Bersama mengucapkan selamat maju jaya buat Leftenan Jeneral Dato’ Indera Haji Yazid bin Haji Arshad TUDM dan sekalung tahniah buat Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM diatas perlantikan sebagai PAB ke-14.
Skip to content