SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH PUSAT SIMULASI OLAH PERANG

Kuantan, 23 Februari 2023 – Majlis Serah terima tugas Pengarah Pusat Simulasi Olah Perang di antara Kolonel Ts Dr Mohd Azmi bin Arifin dengan Leftenan Kolonel Hidayat Amir Newton bin Salammon telah diadakan di Auditorium Mat Kilau, Markas Angkatan Bersama pada hari ini. Acara tersebut telah disaksikan oleh Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM. Turut hadir acara tersebut ialah Pemangku Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Asisten-Asisten Ketua Staf, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan anggota Bahagian Pusat Simulasi Olah Perang Markas Angkatan Bersama. Seluruh warga MK AB mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh Mantan Pengarah Pusat Simulasi Olah Perang sepanjang bertugas di markas ini. Kepada Pengarah yang baru, diucapkan selamat bertugas dan meneruskan kecemerlangan yang telah dibina.
Skip to content