KUANTAN, 7 Disember 2022 – Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT MK AB di antara Datin Noorisah Binti Muhammad (Penerima) dan Datin Indera Hjh Nazriah Binti Hj Mahmood (Penyerah) telah disempurnakan bertempat di Auditorium Mat Kilau, Kem Al-Sultan Abdullah. Acara tersebut telah disaksikan oleh Kdr Mohd Reduan Bin Osman TLDM, Pengarah J6 merangkap Pegawai Penasihat BAKAT MK AB. Seluruh warga MK AB serta ahli BAKAT MK AB merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Datin Noorisah Binti Muhammad di atas perlantikan sebagai Pengerusi BAKAT MK AB yang baharu dan selamat bersara diucapkan kepada Datin Indera Hjh Nazriah Binti Hj Mahmood.
- Markas Angkatan Bersama
- Berita
- SERAH TERIMA TUGAS PENGERUSI BAKAT MK AB