KUANTAN, 7 Mac 22 – Serah terima tugas PS 1 Khidmat Agama di antara Lt Kol Nizar Zahrin bin Zakaria dengan Lt Kol Nadzri bin Musman telah diadakan di Bilik Bincang J1 Markas Angkatan Bersama. Acara tersebut telah disaksikan oleh Kepten Manimaran al Chellaiturai Arjunan TLDM Asisten Ketua Staf (AKS) J1. Lt Kol Nizar Zahrin bin Zakaria akan bertukar keluar ke MK ATM – BPA (KAGAT). Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Kepten Manimaran al Chellaiturai Arjunan TLDM sebagai kenangan.