Marakah: Tim Evaluasi dari MK Sektor Barat, UNIFIL telah melaksanakan Subordinate Unit Evaluation (SUE) 2/22 di Kem Marakah, UNP 2-1 pada 29 Ogos 2022. Ini merupakan penilaian kedua bagi MALBATT yang menggunakan sistem baharu yang diperkenalkan semasa penilaian pertama. Penilaian ini bertujuan bagi memastikan setiap trup di bawah pemerintahan MK Sektor Barat, UNIFIL memenuhi piawaian dan prosedur sepertimana yang telah digariskan DPKO-DFS (Policy on Operational Readiness Assurance and Performance Improvement serta Standard Operating Procedure (SOP). Secara tidak langsung, proses ini dapat menguji tahap pencapaian dan pematuhan pengurusan sistem dokumentasi dan aset-aset UNIFIL di bawah pemerintahan Sektor Barat. SUE ini memberi fokus kepada penilaian pengurusan dokumentasi, dasar dan pengarahan yang dikawal selia dan di bawah tanggungjawab setiap Sel MALBATT. Penilaian adalah berdasarkan kepada pengarahan UNIFIL Force Commander Directive. Perlaksanaan Penilaian Evaluasi adalah berdasarkan Self dan Subordinate Evaluation seperti yang telah digariskan oleh Head of Mission Policy (HOMPOL) yang mesti dilaksanakan oleh setiap trup UNIFIL. Pencapaian dan prestasi pemeriksaan ini adalah sejajar dengan Tonggak Pertama Komander MALBATT 850-9 iaitu Keberkesanan Misi dan Kesiapsagaan.Teras ini berorientasikan pengukuhan dasar dan polisi untuk beroperasi berpandukan mandat yang telah digariskan.
- Markas Angkatan Bersama
- Berita
- SUBORDINATE UNIT EVALUATION MALBATT 850-9