SUMBANGAN KEBAJIKAN MK ATB 2

TAWAU, 12 September 22 – Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman TUDM Ketua Staf Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) mewakili Komander ATB 2 telah menyempurnakan Perbarisan Bulanan MK ATB 2 dan Majlis Penyerahan Sumbangan Kebajikan kepada anggota Lain-lain Pangkat (LLP) ATB 2 bertempat di Dewan Terbuka Bn Ke-26 RAMD. Pada pagi tersebut, seramai enam anggota LLP telah menerima sumbangan kebajikan waris meninggal dunia, anggota masuk hospital, isteri bersalin dan anggota menimang cahaya mata. Dalam sesi ucapan Ketua Staf, beliau menekankan beberapa aspek Chain Of Command atau rantaian perintah, menjaga kerahsiaan, semangat ketenteraan dalam perkhidmatan dan berpesan kepada semua lapisan anggota agar sentiasa mengawal emosi serta dapat membahagikan masa bersama keluarga walaupun menghadapi situasi penugasan yang sibuk. Turut hadir adalah Kdr Noor Azley bin Othman (TLDM) Pengarah MCC, Ketua-ketua Bahagian dan pegawai-pegawai serta anggota MK ATB 2.
Skip to content