TIM QRF ATB 2 GAGALKAN PENYUSUPAN PATI

TAWAU – 9 Jan 22. Cubaan tiga orang PATI warganegara Indonesia yang menyusup masuk ke negara ini melalui perairan Tawau telah digagalkan oleh Tim Quick Reaction Force (QRF) di bawah pemerintahan Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) yang sedang melaksanakan rondaan Op BENTENG BERSAMA.
Ketika Tim QRF melaksanakan rondaan tersebut pada jam 12.15 tengah malam, telah mengesan dan menjumpai tiga PATI dalam keadaan bersembunyi di Muara Sungai Titingan kerana menunggu ajen daratan dari Tawau mengambil mereka untuk keluar daripada kawasan tersebut.
Hasil pemeriksaan terhadap tiga PATI mendapati mereka merupakan warganegara Indonesia yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah cuba memasuki Malaysia secara haram. Mereka terdiri daripada seorang lelaki dewasa berusia 40 tahun dan dua wanita dewasa berusia 41 dan 49 tahun ditemui bersama barang persendirian. Mereka dimaklumkan telah menaiki bot yang telah diaturkan oleh agen dari Pulau Sebatik, Indonesia menuju ke Tawau, dan seterusnya akan diambil oleh agen dari Tawau.
POWB ATB 2 telah memaklumkan kejadian tersebut kepada SUB PUSOP ESSCOM di Tawau dan memohon Tim Op Cegah PATI Daratan Tawau membantu bagi melancarkan proses tangkapan tersebut. Semua PATI telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada jam 12.45 malam menggunakan kenderaan pacuan empat roda tentera. Seterusnya, kesemua PATI diserahkan kepada IPD Tawau bagi proses saringan COVID-19 dan tindakan selanjutnya. Kesemua PATI ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63.
Skip to content