TINJAUN OPERASI MENHAN KE KTJ OP PASIR

TAWAU, 10 Feb 23 – Panglima Angkatan Bersama (PAB), Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM mengiringi Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan melaksanakan Tinjauan Operasi ke Kawasan Tanggungjawb (KTJ) Op PASIR di Pantai Timur, Sabah pada 10 Feb 23. YB Menteri Pertahanan dan PAB hadir bagi meninjau keadaan kemudahan dan fasiliti yang terdapat di Pos Kampung Tanduo, Lahad Datu dan kawasan sekitar. Taklimat ringkas pengoperasian dan aktiviti yang dijalankan oleh seluruh warga ATM telah dibentangkan kepada YB Menteri Pertahanan bagi memberi gambaran dan situasi sebenar yang dilalui mereka sejak penubuhan dan pengoperasian pos tersebut. Melihatkan kepada kemudahan dan fasiliti yang terdapat di Pos Kampung Tanduo ini, konsep pertahanan komprehensif yang melibatkan penyertaan kerajaan dan masyarakat dapat direalisasikan. Pada 8 dan 9 Feb 23 yang lalu, PAB turut melawat dan bertemu dengan Pegawai dan anggota yang melaksanakan Op PASIR di Sektor B dan C. PAB juga berkesempatan menyertai rondaan yang dilaksanakan. Tinjauan tersebut merupakan tinjuan operasi pertama kali diadakan semenjak beliau mengambil alih tugas sebagai PAB yang baharu. YB Menteri Pertahanan seterusnya meneruskan tinjauan ke kawasan operasi di Pulau Berhala dan turut menyantuni 264 murid yang berusia antara 4 hingga 16 tahun yang bersekolah di Sekolah 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). Sekolah 3M merupakan salah satu inisiatif Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah ditubuhkan menerusi Projek Jiwa Murni sejak tahun 2009. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha murni ATM dalam menunaikan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat. Diakhir sesi, YB Menteri dan PAB telah di bawa melihat fasiliti yang terdapat di Pos Rawatan Rejimen serta turut meninjau tapak Projek Solar dan AWG bagi membantu menangani masalah kekurangan elektrik yang dialami oleh warga kem dan penduduk di sekitarnya. Turut mengiringi dalam tinjauan tersebut adalah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain, Komander Angkatan Tugas Bersama 2, Brigedier Jeneral Wan Edenin bin Wan Mahsin, Pegawai Memerintah serta warga pos kawalan.
 
Skip to content