COTABATO CITY – Penasihat Pertahanan Malaysia ke Filipina, Kol Ahmad Jafri bin Ahmad Zuliyadai telah membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Misi Misi Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao – 16, Mej Jen Datuk Hamdan bin Hj Ismail di Cotabato City pada hari ini. Dalam pertemuan tersebut, Ketua TPA M-16 telah menyampaikan penghargaan kepada Kol Ahmad Jafri di atas kerjasama yang telah diberikan kepada TPA M16 sepanjang keberadaan TPA M-16 di Mindanao. Semasa kunjungan itu juga, Kol Jafri telah diberikan taklimat mengenai peranan yang dilaksankan oleh TPA M-16 di Mindanao. Taklimat telah disampaikan oleh Kol Roslan bin Salam TUDM, Ketua Staf, TPA M-16. Turut serta dalam kunjungan tersebut adalah Penolong Penasihat Pertahanan, Lt Kdr Yuzzulaizat bin Mohamad Yunus TLDM, dan Staf Kerani Penasihat Pertahanan, LK PAP Amirruddin bin Mustafa.
- Markas Angkatan Bersama
- Berita
- TPA M16 MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENASIHAT PERTAHANAN MALAYSIA DI FILIPINA