Semporna 4 Mac 22 -Majlis upacara pembukaan Kursus Pengendalian Bot Tempur Siri 1/22 telah dirasmikan oleh Brig Jen Abdul Karim bin Ahmad, Komander ATB 2. Kursus Pengendalian Bot Tempur ini merupakan anjurkan Bahagian Pengawasan, Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2). Objektif utama penganjuran kursus ini adalah bagi melatih dan menghasilkan jurumudi-jurumudi bot tempur yang terlatih dan berkebolehan dalam mengendalikan bot berjentera serta mahir dalam aspek penendalian keselamatan dan undang-undang perairan. Sebelum merasmikan pembukaan kursus ini, Komander ATB 2 di dalam ucapannya, berkehendakkan agar setiap peserta kursus ini dapat menjalani kursus dengan jayanya, meningkatkan ilmu pengendalian bot tempur dan sentiasa mengutamakan keselamatan sepanjang menjalani kursus ini. Majlis pada pagi ini diakhiri dengan, bacaan doa dan sesi bergambar sebagai tanda kenangan.
- Markas Angkatan Bersama
- Berita
- UPACARA PEMBUKAAN KURSUS PENGENDALIAN BOT TEMPUR SIRI 1/2022