Eks BERSAMA WARRIOR

Pada peringkat permulaan Eksesais BW adalah eksesais dua hala ATM dan Amerika Syarikat yang telah diadakan menerusi Joint Exercise Malaysia (JEM) melibatkan MK AB dan United States Pacific Command (USPACOM) bermula dari tahun 2010.  Tujuan utama JEM adalah untuk melatih dan  mendedahkan staf MK AB di dalam aspek operasi bersama.

Pada tahun 2014 eksesais ini telah dikendalikan oleh USPACOM seperti mana ketetapan mesyuarat BITACG Malaysia-Amerika Syarikat Ke-29 (19 hingga 21 Jun 2013 di Kuala Lumpur) dan BITACG Ke-30 (18 hingga 21 Mei 2014 di Hawaii). Kitaran eksesais adalah dalam tempoh 3 tahun.

Eksesais BW akan memfokuskan kepada kesinambungan konsep yang bermula dari Staff Exercise (STAFFEX), Command Post Exercise (CPX) dan diakhiri dengan Field Training Exercise (FTX).  Konsep ini akan melengkapkan satu kitaran iaitu selama tiga tahun.  Kaedah konsep ini berupaya menstrukturkan output menerusi penghasilan Course of Actions (COA) sewaktu STAFFEX dan selanjutnya akan disimulasikan semasa CPX serta direalisasikan semasa FTX.  ATM akan mengetuai perancangan dan       pelaksanaan operasi manakala Amerika Syarikat akan berperanan sebagai membantu (supporting role) menerusi penubuhan Combined Task Force (CTF) oleh Joint Tasks Force (JTF) ketumbukan masing-    masing. Penghasilan dan pelaksanaan COA akan melibatkan kedua-dua perancang dan pelaku Eksesais BW secara bersama.

Tema Eksesais BW yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun adalah Non-Combatant Evacuation Operation (NEO) dengan senario eksesais menggunakan lanskap geografi, politik dan sosial Benua Pacifica yang telah direka secara fictitious.  Penggunaan benua fictitious ini adalah wajar berbanding penggunaan benua sebenar bagi mengelakkan persepsi negatif yang mungkin akan ditimbulkan oleh negara yang berkepentingan. Objektif Eksesais BW adalah seperti berikut:

1. Menyediakan Course of Actions (COA) yang akan digunakan semasa CPX BW 16 oleh Staf Perancang Joint Task Force Malaysia dan Amerika Syarikat yang digabungkan di dalam Combined Task Force (CTF) menggunakan MNF SOP.

2. Meningkatkan keupayaan saling khidmat (interoperability) dan kefahaman perbezaan prosedur operasi kedua-dua Angkatan Tentera.

3. Meningkatkan keupayaan ATM yang berperanan mengetuai perancangan dan pelaksanaan operasi bersama menerusi kehadiran Tentera Amerika Syarikat bagi membantu (supporting role) di dalam Small Scale Contingencies.

4. Meningkatkan kerjasama, saling khidmat dan hubungan ketenteraan bagi mencapai kesepakatan di dalam menangani isu-isu keselamatan di peringkat serantau dan antarabangsa.

Skip to content