EKSESAIS COOPERATION AFLOAT READINESS AND TRAINING (CARAT).
Eksesais CARAT adalah eksesais bilateral yang dilaksanakan secara Field Training Exercise (FTX) dengan penumpuan kepada Latihan Maritim dan Pendaratan Amfibi. Aktiviti lain yang akan dilaksanakan adalah Humanitarian Civic Action (HCA) berbentuk Engineering Civic Action Programme (ENCAP) yang melibatkan kerja-kerja kejuruteraan ringan oleh unit RAJD dan United States Navy (USN) Construction Battalion (SEABEES).
Pelaksanaan eksesais dirangka untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan dengan United States Armed Forces (USF) dalam mencapai objektif seperti berikut:
1. Mengukuhkan keupayaan saling khidmat antara ATM dan USF dalam suasana operasi Gabungan dan Bersama.
2. Mengukuhkan keselamatan maritim serta menggalakkan kerjasama dan mendorong pertukaran maklumat antara ATM dan USF.
3. Mengukuhkan kerjasama serta hubungan baik antara ATM dan USF bersama masyarakat setempat melalui pelaksanaan projek hubungan kemasyarakatan (HCA).
4. Show of force dalam mempertingkatkan aspek keselamatan di Sabah Timur.