Eksesais Cobra Gold (CG) diterajui oleh Royal Thai Armed Forces (RTARF) dan United States Pacific Command (USPACOM). Ini merupakan eksesais tahunan yang menggabungkan 7 negara iaitu Thailand, Amerika Syarikat, Jepun, Malaysia, Singapore, Indonesia dan Korea Selatan.
Eksesais ini mengadaptasikan senario Counter Piracy/Maritime Security (CP/CM) dan beroperasi di bawah Resolusi Majlis Keselamatan PBB dengan mewujudkan Multi-national Force HQ (MNF HQ) dan dilaksanakan dalam bentuk Staff Exercise (STAFFEX), Field Training Exercise (FTX) dan Humanitarian Civic Assistance (HCA).
Matlamat Eksesais CG adalah untuk meningkatkan keupayaan operasi bersama dan multinasional yang mampu merancang dengan lebih efektif dan efisyen. Justeru, objektif Eksesais CG yang ingin dicapai adalah seperti berikut:
1. Berlatih sebagai suatu angkatan pelbagai negara (multinational force-MNF).
2. Menambah baik saling khidmat Bersama (Joint) dan Gabungan (Combined).
3. Memperbaiki dan mengekalkan hubungan ketenteraan di kalangan tentera negara Thailand, Amerika Syarikat, Singapura, Jepun, Indonesia, Korea Selatan dan Malaysia.
4. Memantapkan keselamatan serantau dengan memperlihatkan angkatan pelbagai negara yang robust dalam perkongsian matlamat serta komitmen terhadap rantau yang aman tetapi kekal sebagai angkatan yang agile dan sedia untuk menghadapi sebarang situasi.