Eks JERUNG MAS

Asal Eksesais JERUNG EMAS adalah merupakan siri latihan melawan keganasan yang telah dilaksanakan oleh PASKAL TLDM pada peringkat taktikal sejak tahun 1985 bersama PETRONAS selaras dengan Arahan MKN No 18.  

Pada tahun 2014, eksesais ini telah diterajui oleh MK AB di peringkat operasional.  Pada tahun ini, nama Joint Maritime Counter Terrorism Exercise (JMCTX) – JERUNG digunakan di mana eksesais akan melibatkan ATM, MKN, PETRONAS dan agensi lain seperti PDRM dan APMM di peringkat operasional. Objektif eksesais yang telah digariskan adalah seperti berikut: 

1.  Meningkatkan tahap interoperability dan military readiness dalam merancang dan melaksanakan operasi bersama bagi menangani krisis keganasan maritim yang mengugat kesejahteraan ekonomi negara.

2.   Melaksanakan eksesais melawan keganasan maritim di peringkat taktikal selaras dengan keperluan strategik dan operasional. 

3.   Meningkatkan hubungan kerjasama di antara ATM dan agensi lain.

4.   Meningkatkan kesedaran situasi tentang ancaman keganasan maritim dikalangan agensi terlibat.

 
Skip to content